COVID-19: Tujuh kluster baharu dikenal pasti, kluster aktif kini 506 – KP Kesihatan

0
277

SEBANYAK 5,726 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,442,224 kes sejak wabak dikesan Januari tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 5,711 kes adalah penularan tempatan iaitu 5,489 warganegara (96.1 peratus) dan 222 bukan warganegara (3.9 peratus) manakala 15 lagi kes import membabitkan sembilan rakyat Malaysia dan enam warga asing.

Beliau berkata, sebanyak 598 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat tengah hari tadi dan 308 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 97 kes atau 1.7 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,629 kes atau 98.3 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“KKM juga mengesan tujuh kluster jangkitan COVID-19 baharu hari ini, menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan setakat ini sebanyak 5,735 kluster, dengan 5,229 kluster sudah ditamatkan dan 506 kluster masih aktif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat tengah hari tadi juga, sebanyak 5,607 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 di negara ini kini mencecah 2,340,390 atau 95.8 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, seramai 23.906 juta individu atau 73.2 peratus daripada populasi keseluruhan Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (25 Oktober).

Berdasarkan portal covidnow.moh.gov.my, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 77.7 peratus atau 25.388 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22.166 juta individu atau 94.7 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Pada masa sama, 97.5 peratus atau 22.822 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here