Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
94.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksin -

94.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

SERAMAI 22,109,534 individu atau 94.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.4 peratus atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,831,214 dos. 

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,456,265 atau 46.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 80.8 peratus atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas