Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengeluar kuetiau, mi didakwa guna logo halal palsu -

Pengeluar kuetiau, mi didakwa guna logo halal palsu

SEORANG pemilik sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Kangsar, hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan menggunakan logo halal tanpa perakuan daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Jun lalu.

Teoh Sue Guat, 71, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Lelaki itu didakwa menjalankan perniagaan yang telah melanggar Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu menggunakan logo halal tanpa mendapatkan perakuan daripada JAIPk pada 26 bungkus kuetiau dan 11 bungkus mi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Angsana Kangsar, Kawasan Perindustrian Kuala Kangsar di sini pada 11 pagi, 22 Jun mengikut Perintah 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 November untuk sebutan semula kes.