Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 80 peratus remaja terima satu dos, Malaysia antara terpantas -

Lebih 80 peratus remaja terima satu dos, Malaysia antara terpantas

KADAR vaksinasi COVID-19 bagi populasi remaja yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos sehingga semalam sudah mencapai 80.2 peratus. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kadar vaksinasi itu dicapai hanya dalam tempoh kurang dua bulan menjadikan Malaysia salah satu negara terpantas dalam pemberian vaksin kepada remaja. 

Menurut portal COVIDNOW, 80.2 peratus atau 2,524,156 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19. Manakala sebanyak 43.4 peratus atau 1,367,216 daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos.

Pada Khamis, sebanyak pertambahan 168,816 dos diberikan kepada populasi berkenaan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin populasi remaja sebanyak 3,891,372.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi pada 20 September dengan menyasarkan 3.2 juta golongan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun. – SB