Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bukit Aman siasat kes rakyat Malaysia ditahan seludup dadah ke Australia -

Bukit Aman siasat kes rakyat Malaysia ditahan seludup dadah ke Australia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung penahanan seorang rakyat Malaysia yang disyaki menyeludup dadah ke negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata siasatan sedang dilakukan melalui kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan pihak Polis Persekutuan Australia (AFP).

Beliau berkata semua tindakan akan diambil oleh PDRM dalam memastikan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah dapat dibanteras tanpa kompromi.

“Media melaporkan seorang warga Malaysia telah ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram heroin bernilai RM431.8 juta ke negara berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan pihak berkuasa Australia telah merampas dadah terbabit dalam satu siri serbuannya dan menurut kenyataan AFP, dadah itu ditemukan dalam kontena yang membawa jubin dari Malaysia ke Melbourne.

Lelaki yang tidak dinamakan dalam kenyataan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne pada Jumaat.

— BERNAMA