Percutian ‘another level’, Hairul Azreen teruja naik kapal layar mewah jutawan Malaysia

0
323

Oleh SatuBerita

SELEPAS beberapa hari tular gambar percutian mewah pelakon Hairul Azreen, 33 tahun sekeluarga menaiki helikopter, nampaknya netizen sekali lagi dikejutkan dengan gambar dan video mereka menaiki kapal pelayaran mewah di Pulau Redang, Terengganu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Hairul mendedahkan yang dia ada bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan antara tokoh terkaya dan ikon bisnes popular kelahiran Malaysia.

“Sepatutnya balik awal tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang sebab terjumpa orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Vincent Tan. Lepas tu dia ajak naik superyatch Asean Lady, rezeki anak-anak kami,” tulisnya.

Perkongsian tersebut juga menarik minat pengikut yang rata-rata meninggalkan komen positif dan menganggap mereka sekeluarga bertuah kerana mendapat perhatian daripada jutawan popular tersebut.

“Tuah berbuat baik kepada isteri dan keluarga, semua merasa. Tiada yang dapat menahan apa yang Allah berikan,” tulis salah seorang pengguna dengan nama Aishah.

“Macam sebuah rumah yang bergerak di agas air. Macam pengalaman yang sangat menarik kalau dapat merasa naik,” tambah Nijam pula.

Terdahulu ramai yang ‘terkedu’ apabila melihat mereka sekeluarga percutian another level mereka dengan helikopter yang disifatkan cukup mewah dan lain daripada yang lain.

Paling menarik perhatian netizen apabila ada yang mula bertanyakan harga sewaan helikopter untuk ke sana yang biasanya mencecah harga puluhan ribu ringgit untuk satu perjalanan.

Untuk rekod, Hairul bernikah dengan Hanis Zalikha dan pasangan ini dikurniakan Yusuf Iskandar, 4 tahun dan Alisa Aisyah, 2. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here