Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Cuba lari dari polis, anggota MPV berjaya tahan penjenayah -

[VIDEO] Cuba lari dari polis, anggota MPV berjaya tahan penjenayah

SEORANG lelaki ditahan selepas dikesan memandu kenderaan jenis Toyota Vios dalam keadaan mencurigakan oleh anggota Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang, di Lebuhraya Tun Dr Lim Cheong Eu, Georgetown, Pulau Pinang, jam 1.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki terbabit memecut kenderaannya dengan laju selepas anggota MPV cuba untuk menahannya.

“Anggota MPV dengan dibantu oleh 6 unit MPV IPD Timur Laut lain yang berada di lapangan telah mengejar suspek yang melarikan diri melalui jalan Batu Lanchang-jalan Masjid Negeri-Jalan Dato Keramat-Jalan Perak selama lebih kurang 20 minit.

“Suspek berjaya diberkas di Jalan Jelutong setelah kenderaan suspek terbabas menyebabkan tayar kenderaannya rosak dan pecah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu menurutnya, hasil pemeriksaan oleh pihak Polis telah menjumpai sejumlah dadah jenis Heroin anggaran berat 6.5 gram di tempat duduk bahagian belakang kenderaan suspek.

“Suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun berasal dari Air Itam, Pulau Pinang.

“Hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau iaitu 8 berkaitan dadah dan 3 jenayah.

“Ujian air kencing yang dijalankan juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” ujarnya.

Tambah Soffian, suspek ditahan reman selama 5 hari sehingga 19 Oktober 2021 untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan, seksyen 39A(2) dan seksyen 15 (1)(a). – SB