[VIDEO] Rentas negeri: Jangan lupa jasa Muhyiddin

0
403

HARI ini, rakyat bergembira apabila dibenarkan merentas negeri tanpa sekatan. Penantian sejak sekian lama terjawab semalam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan berita baik itu.

Rakyat patut berterima kasih kepada diri sendiri kerana berani menyahut seruan kerajaan memerangi Covid-19. Kerajaan juga patut berterima kasih kepada rakyat kerana menyokong mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa lengkap dos suntikan vaksin.

Namun, jangan sesekali kita lupa. Pencapaian memberangsangkan ini adalah hasil keberkesanan perancangan yang dilakukan semasa era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Kita perlu akui, bukannya mudah menguruskan pandemik yang tidak pernah berlaku di seluruh dunia hampir 100 tahun lamanya. Ia bukan semudah memerangi wabak denggi atau H1N1.

Majoriti daripada anggota Kabinet hari ini juga pernah berada dalam Kabinet di era Muhyiddin dan mereka cukup faham hala tuju pentadbiran negara untuk memerangi Covid-19.

Mengulas keberkesanan strategi asal yang diterapkan Muhyiddin, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, jelas dilihat apa yang telah dirancang oleh kerajaan kini benar-benar berkesan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara menegaskan, biarpun ditohmah, diganggu gugat dari musuh luar dan dalam, Muhyiddin tetap utamakan rakyat.

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan nikmat yang diberikan-Nya untuk kita diberi keizinan untuk rentas negeri, berjumpa dengan sanak saudara dan keluarga yang lama terpisah.

“Kehidupan rakyat kembali pulih walaupun tidak lagi seperti dahulu. Tiada lagi kedengaran ‘kerajaan gagal’.

“Tiada lagi tuduhan biadab daripada penghasad yang mahu gagalkan usaha pemulihan negara yang dirancang beliau. Muhyiddin tidak sempurna, namun beliau tidak sesekali lari dari medan perjuangan.

Malah, katanya Muhyiddin juga cukup berjiwa besar apabila mendirikan semula kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dijatuhkan agar agenda pemulihan negara tetap berjalan.

Walaupun beliau bukan lagi berstatus pengemudi kerajaan, namun sanggup bekerja secara sukarela membantu dengan Ismail Sabri menjalankan dasar kerajaan menerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here