Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Biar betul!!! Amaris guna spray gun pada makanan -

[VIDEO] Biar betul!!! Amaris guna spray gun pada makanan

TINDAKAN pelik pelakon, Muhammad Amran Ismail atau popular dengan nama Amaris menggunakan ‘spray gun’ kepada makanannya mengundang banyak persoalan dan kecaman orang ramai.  

Amaris berkongsi rakaman video yang menunjukkan dia menyahkuman makanannya menggunakan spray gun  sebelum memakannya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan hal tersebut sama ada boleh atau tidak penggunaan penyemburan sanitizer ke atas makanan yang dimakan.

“Perlu ke sembur kat makanan..ada virus ke kat makanan tu..” kata nurulakmarkaman.

“Kenapa spray kat makanan..kalau nak kata benda tu bagus pun tak perlulah sampai spray kat makanan.” kata anna_hazim.

Sebelum ini, SatuBerita juga pernah melaporkan bahawa tiada bukti spray gun berkesan cegah Covid-19.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar juga menyatakan beliau masih tidak nampak fungsi sebenar spray gun, selain hanya untuk mengikut trend semasa.

Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Izzar Anwari Abdul Khani turut berpendapat alat tersebut tidak sesuai digunakan kerana terdapat risiko keselamatan.

Pun begitu, Amaris masih tiada membuat sebarang kenyataan rasmi mahupun memuat naik hantaran menjelaskan perkara tersebut. – SB