Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kedai runcit, restoran, stesen minyak dibenar operasi sehingga 12 malam -

Kedai runcit, restoran, stesen minyak dibenar operasi sehingga 12 malam

WAKTU operasi kedai runcit, pasar mini, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi perniagaan spa, pusat kesihatan, dan urut kesihatan juga dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang sudah lengkap vaksin bermula 1 Oktober.

“Kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – SB