Wei Lun terima RM15,000 daripada Kerajaan Johor

0
239

PEMENANG pingat Perak dalam acara boccia Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Chew Wei Lun hari ini menerima insentif berjumlah RM15,000 daripada kerajaan negeri Johor sebagai menghargai kejayaan beliau itu.

Turut menerima insentif penyertaan berjumlah RM5,000 daripada kerajaan negeri Johor ialah atlet sukan olahraga T20, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin, selain dua jurulatih iaitu Sallehudin Mohd. Noh (para basikal) dan Muhammad Ashaari Zainal Abidin (para tennis) turut menerima RM5,000 setiap seorang.

Wei Lun ditemubual pemberita menyatakan, dia sudah sedia untuk kembali menyertai temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menjadi sensasi sukan baharu tanah air.

Katanya, untuk memastikan kelayakan ke sukan berprestij itu, dia bagaimanapun perlu mengumpul mata mencukupi untuk melayakkan diri.

“Paralimpik (Paris 2024) lama lagi, untuk layak kita perlu pastikan kutipan ‘point’, saya mungkin akan sertainya.

“Soal pingat, itu bukan sasaran utama kerana memang dari awal sertai Paralimpik Tokyo 2020 pun tidak sasarkan pingat sebalik hanya mahu perkenalkan sukan ini kepada lebih ramai orang, tetapi tak sangka boleh dapat pingat,” katanya.

Wei Lun menerima insentif itu yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Nor Syazlan Abd Razak.

Sementara itu, insentif turut diberikan kepada atlet Olimpik Tokyo 2020 iaitu atlet berbasikal Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Nur Aisyah Jamil (pelayaran), Kelly Tan Guat Chen (golf) dan Syaqiera Mashayikh (memanah). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here