Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jangan jadikan rakyat sebagai taruhan agenda peribadi -

Jangan jadikan rakyat sebagai taruhan agenda peribadi

AHLI politik di negara ini dinasihatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai pertaruhan mereka untuk mencapai kepentingan peribadi atau agenda tertentu.

Nasihat itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika istiadat pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14, hari ini

“Jangan sama sekali meletakkan masa depan rakyat beta sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.

“Justeru, ingin beta menyerukan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian dan untuk mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik COVID-19 ini serta membawa kembali sinar kepada rakyat beta, dan negara tanah tumpah darah kita,” titah baginda.

Baginda juga menggesa semua pihak segera menghentikan pertelingkahan yang boleh menggugat kesepaduan dan keharmonian rakyat. – SB