PENYANYI terkenal tanah air, Anuar Zain turut menjadi salah seorang selebriti yang berhijrah ke arah yang lebih baik apabila dirinya dilihat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah.
Anuar Zain mendapat perhatian netizen hari ini apabila satu video yang memaparkan dirinya sedang menikmati juadah bersama jemaah-jemaah tabligh di sebuah masjid tular di laman sosial TikTok menerusi akaun milik @hazratfaiz38.
Turut kelihatan bersama Anuar ialah pelawak terkenal, Nabil Ahmad yang sempat menyakat Anuar Zain ketika menikmati hidangan yang disediakan.
Dalam video yang turut dikongsikan pemilik akuan Facebook dikenali Mohd Nazri Ahmad dengan kapsyen ‘hidayah milik Allah’ berkenaan, Anuar yang memakai jubah berwarna biru dan berkopiah dilihat sedang menuang teh tarik ke dalam beberapa gelas sambil menyanyikan lagu popularnya, ‘Lelaki Ini’.
Menurut laporan Harian Metro, pengurus Anuar, Nana Ahmad ketika dihubungi sama sekali tidak menafikan video tular itu yang difahamkan penghibur terbabit sekarang dalam proses mendalami ilmu agama serta berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Anuar.
Tinjauan di ruangan komen video tersebut mendapati rata-rata peminat penyanyi berusia 51 tahun ini turut menzahirkan rasa gembira dengan penghijrahannya serta mendoakan agar selebriti-selebriti ini kekal istiqamah dalam menuju ke jalan Allah. –SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.