KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan menggerakkan 200 petugas barisan hadapan dari negeri lain untuk membantu Pulau Pinang berikutan kes COVID-19 yang semakin merisaukan disebabkan jumlah jangkitan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata petugas barisan hadapan itu termasuk pegawai perubatan, pembantu perubatan dan jururawat.
“Kita berharap penghantaran petugas barisan hadapan itu dapat disegerakan untuk membantu Pulau Pinang dalam saat genting ini,” katanya selepas mesyuarat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di sini hari ini.
Selain itu katanya antara langkah awal yang diambil adalah meluluskan 10 katil unit rawatan rapi (ICU) tambahan di Hospital Kepala Batas dan menimbangkan untuk membina satu hospital medan di lapangan berhampiran dengan Hospital Pulau Pinang.
Khairy berkata beliau telah mendapat persetujuan hospital-hospital swasta yang akan menambah 300 katil namun pihaknya ingin meminta supaya dapat ditambah sebanyak 1,000 katil untuk pesakit COVID-19. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.