SELEPAS pelonggaran SOP industri kreatif diumumkan semalam, kerajaan kini diminta untuk turut memberi kelonggaran kepada aktiviti gimnasium dan sukan padang.
Cadangan tersebut turut mendapat sokongan Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang juga berpendapat gimnasium dan sukan padang lebih selamat berbanding pawagam.
Beliau dalam mengulas cadangan yang diutarakan oleh Menteri Belia dan Sukan,Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, turut menyatakan ia cadangan yang bagus kerana sudah lama gimnasium dan sukan padang ditutup menyebabkan pengguna dan juga pemilik-pemilik premis tersebut terkesan dengan isu tersebut.
“Kesannya kepada pengguna ialah mereka tak dapat bersukan demi membentuk gaya hidup sihat dan sebagainya,
“Satu lagi, semestinya ianya memberi kesan yang besar kepada pemilik-pemilik premis tersebut yang terpaksa gulung tikar disebabkan tidak mempunyai kos yang cukup untuk beroperasi” katanya kepada SatuBerita.
Zolkples Embong turut menegaskan sekiranya pembukaan semula ini dibenarkan, SOP haruslah dipastikan ketat dan dipatuhi.
“Jangan ambil mudah SOP yang diberikan kerana sekiranya ada yang melanggar SOP dan kelonggaran ini ditarik balik maka ianya satu usaha yang sia-sia.” ujarnya.
Di samping itu, seorang pengguna Facebook, Eida Zul, turut menyokong cadangan tersebut dan meluahkan rasa penat selepas Studio dan gimnasium yang dimilikinya masih tidak dibenarkan beroperasi. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.