Gambar tular titah Sultan Johor kepada UMNO berita palsu

0
262
Poster palsu titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar- Gambar FB Royal Press Office

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyatakan dengan tegas tidak pernah mengeluarkan kenyataan amaran kepada UMNO seperti yang tular di media sosial semalam.

Baginda dalam kenyataan di laman FB rasminya bertitah, kenyataan yang ditularkan itu palsu dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan baginda dikeluar ekoran penularan satu poster memamparkan kenyataan baginda yang bertitah, ‘UMNO perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’ di media sosial, baru-baru ini.

“Rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan atau berita palsu yang disebarkan di dalam media sosial,” titah baginda menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi.

Baginda turut mengingatkan orang ramai bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office (Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor) di laman sosial rasmi. –SB