Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] 'Khemah besar' atau khemah Anwar? -

[VIDEO] ‘Khemah besar’ atau khemah Anwar?

SELEPAS mengakui angka bagi membentuk majoriti mudah di Parlimen masih belum berada dalam jangkauan mereka, pemimpin Pakatan Harapan tampil dengan pelbagai cadangan dan strategi bagi mengatasi kekurangan itu.

Terbaharu, gesaan beberapa pemimpin mereka yang kemudiannya disahkan Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya gabungan tersebut secara rasmi menjemput parti pembangkang lain seperti Pejuang, Muda dan Warisan untuk menyertainya di bawah satu konsep kerjasama ‘khemah besar’.

Kononnya dengan adanya kerjasama ‘khemah besar’ maka defisit angka sokongan 105 ahli Parlimen kepada calon Perdana Menteri pembangkang dapat diatasi.

Namun jika diteliti apa beza kerjasama parti-parti di bawah blok pembangkang itu sebelum adanya ‘khemah besar’ berkenaan. 

Sebelum adanya ‘khemah besar’ , orang-orang itu juga yang menentang kerajaan dan bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan dan menolak kerjasama dengan kerajaan.

Jadi apa matlamatnya melainkan ada udang di sebalik batu iaitu untuk memperkukuhkan cengkaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin dipertikai akar umbi blok pembangkang sejak kebelakangan ini.

Oleh itu tidak menghairankan apabila beberapa pemimpin yang sedar akan percaturan itu telah menyuarakan kebimbangan seperti pemimpin DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau.

Cheng Hau menyifatkan kerjasama ‘khemah besar’ boleh memecah belahkan kerjasama sedia ada dan lebih parah kerjasama itu bermakna menjemput kembali individu yang pernah menjadi dalang meruntuhkan kerajaan PH selepas 22 bulan berkuasa. – SB