Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anak bongsu Musa Aman meninggal dunia -

Anak bongsu Musa Aman meninggal dunia

ANAK bongsu kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di Kota Kinabalu hari ini selepas bertarung dengan kanser dan COVID-19.

Mohamed Hayssam Musa, 34, disahkan meninggal dunia menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Musa.

“Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam bin Musa pada 24 Ogos 2021. Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini.

“Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, The Star melaporkan Allahyarham Mohammed Hayssam menghidap kanser limfoma sebelum dijangkiti COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Gleneagles di sini.

Perkara itu disahkan oleh bapa mentua Allahyarham yang juga Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar pada Selasa. -SB