SEBANYAK 53 peratus atau 12,408,803 daripada keseluruhan populasi dewasa negara ini, setakat semalam sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19 masing-masing.
Selain itu, seramai 17,961,600 yang mewakili 76.7 peratus populasi dewasa di negara ini direkodkan menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Mengikut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter berkata, pemberian sebanyak 483,855 dos vaksin berjaya diselesaikan semalam, membabitkan 155,030 dos pertama, manakala 328,825 adalah dos kedua vaksin itu.
Sementara itu, kumulatif pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara meningkat kepada 30,370,403 dos
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.