Sesi menghadap berlangsung 40 minit

KENDERAAN membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar daripada Istana Negara kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, dipercayai selepas 40 minit majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Muhyiddin dikatakan terus pulang ke kediaman rasmi di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Maklumat tidak rasmi menyatakan Muhyiddin dijangka mengadakan perutusan khas pukul 2 petang ini.