Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jangan bimbang, saya sudah tempah 87 juta dos vaksin untuk rakyat - Muhyiddin -

Jangan bimbang, saya sudah tempah 87 juta dos vaksin untuk rakyat – Muhyiddin

TAN Sri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya yang meletakkan jawatan hari ini telah menempah lebih 87 juta dos vaksin dalam usaha membawa penduduk negara ini keluar daripada krisis pandemik Covid-19.

Beliau berkata, tempahan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM4.36 billion itu lebih daripada mencukupi untuk seluruh penduduk.

Justeru, beliau optimis negara akan dapat keluar daripada krisis pandemik itu dalam masa terdekat.

“Saya teruja melihat perkembangan positif beberapa hospital di Lembah Kelang di mana jumlah kemasukan pesakit COVID-19 kategori empat dan lima semakin berkurangan.

“Mudah-mudahan, dengan program vaksinasi yang semakin meningkat, lebih banyak nyawa dapat diselamatkan dan saudara-saudari dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya pada perutusan khas sempena peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Pada perutusan khas itu, Muhyiddin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan hadapan yang terus bertungkus lumus memerangi pandemik Covid-19.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya buat semua penjawat awam yang telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada saya dalam melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Saya berharap segala dasar yang baik untuk rakyat dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak industri, para pekerja, pertubuhan bukan kerajaan, pimpinan masyarakat dan semua pihak yang membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat kepada rakyat.

“Saya juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Jemaah Menteri yg telah berkorban masa dan tenaga bersama saya selama ini,” katanya.

Muhyiddin menambah, ucapan terima kasih paling istimewa tentunya buat isteri tercinta dan keluarga yang menjadi sumber inspirasi saya sejak dahulu hingga ke hari ini.