KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 20,546 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,404,899 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,307 kes.
Ia diikuti oleh Sabah (1,665), Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Perak (1,069), Kelantan (1,025), Sarawak (963), Pahang (926), Negeri Sembilan (698), Melaka (631), Terengganu (534), Putrajaya (47), Perlis (21) dan Labuan (3).
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.