Majlis Presiden PH benarkan berunding dengan seteru: Guan Eng

0
343

PAKATAN Harapan (PH) memberi lampu hijau kepada pakatan pembangkang untuk berunding dengan seteru politik bagi merungkai situasi politik semasa, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, katanya tiga pemimpin utama daripada Pakatan Harapan (PH) tidak dibenarkan berunding tanpa persetujuan bersama antara ketiga-tiga mereka.

Guan Eng berkata, Majlis Presiden PH memberi kebebasan kepada semua pemimpin duduk berbincang dengan seteru berkaitan situasi kecuali tiga pemimpin tertinggi PH.

“Kecuali ketua kepada DAP, PKR dan Amanah, ramai Ahli Parlimen PH diberi kebebasan mencari kesepakatan menerusi siri perbincangan dibuat mereka bersama seteru politik,” katanya dalam kenyataan media di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan oleh ‘media anti-DAP’ yang menggambarkan perbincangan dua Ahli Parlimen DAP, iaitu Tony Pua dan Ong Kian Ming dengan menteri Perikatan Nasional (PN) sebagai sesuatu yang teruk.

“Saya ingin menyatakan bahawa ini adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden PH.”

Lim berkata, perbincangan seperti itu tertakluk kepada persetujuan dari kepimpinan parti masing-masing dan Majlis Presiden PH untuk mereka berkuatkuasa.

“Anggota parti tidak boleh membiarkan laporan media anti-DAP ini menggambarkan DAP secara tidak adil untuk memecahbelahkan kita.” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here