206 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19, kematian melebihi 4.34 juta

0
226

Oleh Abu Ubaidillah Rahman

KES positif Covid-19 global ketika ini sudah melepasi 206 juta kes termasuk 700,000 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 36.5 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.1 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.3 juta kes.

Negara yang melebihi angka enam juta kes ialah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki, sementara Argentina melebihi lima juta kes.

Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi empat juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes dengan melebihi 3.8 juta kes, diikuti Filipina dengan lebih 1.7 juta.

Malaysia pula 1.3 juta kes, manakala Thailand 863,189 dan Singapura merekodkan lebih 66,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.34 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 620,972 kes. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here