Oleh Abu Ubaidillah Rahman
ANGGOTA bomba berjaya menyelamatkan tujuh pemancing yang terperangkap bawah jambatan di Kampung Pasir Senai, Kulai semalam.
Komander Operasi dari Bandar Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Syafiq Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.38 petang.
Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati tujuh pemancing berumur antara 18 hingga 28 tahun terperangkap di bawah jambatan ketika memancing.
“Difahamkan semasa memancing air mulai naik secara tiba-tiba. Bomba menggunakan teknik sistem tali dan alat penyelamat Personal Floating Device (PFD) dalam operasi menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, semua pemancing tersebut berjaya diselamatkan dan tidak berlaku sebarang kecederaan, operasi tamat pada pukul 6,32 petang. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.