Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah

RoS tetapkan penangguhan pemilihan Umno tidak sah

0
392

JABATAN Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) memutuskan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan sebagai tidak sah.

ROS dalam kenyaataan memberitahu, penangguhan tidak dibenarkan kerana tempoh sah pemegang jawatan parti itu bagi penggal 2018-2021 telah tamat pada 30 Jun lepas.

“Berdasarkan minit mesyuarat MKT UMNO pada 7 Julai 2021 untuk menangguhkan Pemilihan MKT, bahagian dan cawangan UMNO selama 18 bulan, JPPN berpandangan bahawa keputusan tersebut adalah tidak sah.

“ROS bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pentadbiran pertubuhan berdaftar dilaksanakan sejajar dengan Perlembagaan Pertubuhan masing-masing yang tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau undang-undang negara,” katanya.

Sehubungan itu UMNO perlu menetapkan tarikh untuk mengadakan pemilihan MKT mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Antara mereka yang menggesa supaya UMNO menangguhkan pemilihan parti adalah bekas presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan sekutu kuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menerima penolakan daripada dalaman parti berikutan kempen mereka yang mahu UMNO keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Ramai pemimpin UMNO seperti Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Tan Sri, Annuar Musa yang secara terbuka mengkritik penangguhan pemilihan parti, mengatakan UMNO tidak boleh berdepan pilihan raya di bawah kepimpinan parti ketika ini.

Pada awal tahun ini, Khairy mengecam keputusan tersebut, mengingatkan pimpinan parti keputusan serupa yang diambil sebelum Pilihan Raya Umum 2018 tidak memberikan manfaat kepada UMNO.

“Pada 2018 kita tangguhkan pemilihan parti selepas PRU, lingkup juga,” kata Khairy, merujuk kejatuhan UMNO daripada pentadbiran negara pada 2018. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here