KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan, sebanyak 17,150 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas.
Menurutnya, jumlah itu berkurangan sebanyak 636 kes berbanding semalam yang mencatatkan sebanyak 17,786 kes di seluruh negara.
Tambah Noor Hisham melalui hantaran Facebook beliau, jumlah kes pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia kini mencapai 1,130,422 kes.
Tambahnya, Selangor masih kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 6,326 kes diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045) dan Sabah (1,002).
Manakala Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 809 kes baharu, Pulau Pinang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (5). – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.