Kerajaan PN ada sokongan majoriti Ahli Parlimen

0
312

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen sehingga hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Sehubungan itu, rakyat diharap bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan diminta bersama-sama berdoa supaya kemelut politik ini berakhir dengan segera.

“Saya menjunjung akan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini.

“Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19, ” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here