Lelaki Bangladesh maut perancah pembinaan LRT 3 runtuh [VIDEO]

0
249

SEORANG pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas tertimbus dalam insiden runtuhan perencah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) di Bandar  Bukit Tinggi, Klang. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kemalangan tersebut pada 2.41 petang dan sampai di lokasi kejadian 17 minit kemudian.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan tersebut pada 4.20 petang. 

Selain itu turut cedera ringan adalah tiga warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia dan kesemua mangsa adalah lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.

Norazam berkata, operasi itu membabitkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam.

“Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Penolong Pengarah Operasi Negeri dan pegawai dari bahagian operasi negeri kini berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here