Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan, kata Abdul Hadi -

Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan, kata Abdul Hadi

PAS sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, disebabkan prinsip berikut parti yang diketuai oleh Lim Guan Eng itu telah menolak Pas.

“Prinsip ini mewajibkan Islam mempunyai kedudukan berdaulat dalam negara dipimpin oleh Islam dan bukan konsep sekularisme yang berpisah daripada agama atau ‘Malaysian Malaysia’ yang berperanan menghapuskan rupa bangsa.

“Apabila DAP mahu mengheret Pas keluar daripada prinsipnya dan menginginkan parti ini agar tunduk kepada prinsip sekularisme yang menjadi perlembagaan serta konsep ‘Malaysian Malaysia’ menjadi hala tuju maka berlakulah pertembungan,” katanya menerusi satu hantaran dalam Facebook beliau hari ini.

Katanya, pertembungan itu telah menyebabkan DAP atau Pas untuk keluar daripada persefahaman politik kerana jelas melanggar prinsip perjuangan parti.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, sebelum ini DAP menerima konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh parti mengikut kefahaman sempit, namun membolehkan persefahaman dilakukan.

“Bagaimanapun, apabila Majlis Syura Ulama mengeluarkan Dokumen Negara Islam yang lengkap untuk dijadikan panduan secara tiba-tiba DAP mendedahkan sikap menentang Islam.

“Parti itu (DAP) menunjukkan sikap terhadap konsep negara berkebajikan mengikut skop sekularisme yang mereka anuti. Pada masa sama, mereka secara terbuka menentang Islam dengan membela golongan murtad, menentang pengharaman arak dan judi,” ujarnya, lapor Sinar Harian.