Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Prinsip Malaysia Madani dilanggar pemimpin kerajaan -

Prinsip Malaysia Madani dilanggar pemimpin kerajaan

TATAKELOLA dan ‘good governance’ yang sering dilaung-laungkan pemimpin kerajaan sekarang dilihat seperti tiada signifikan.

Psikososio dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Zulkeflee Yaacob berkata, begitu juga slogan Malaysia Madani tidak membumi apabila berlaku perlanggaran tatakelola.

Katanya, isu dana kerajaan menggunakan simbol parti politik tidak sepatutnya berlaku apabila setiap pemimpin menghayati falsafah madani.

“Namun malangnya tatakelola itu dilanggar dengan mudah apabila replika cek kerajaan dilekat dengan logo DAP bersama lambang Jata Negara. Ia amat dikesali.

“Ini kerana dana awam merupakan duit kerajaan dan bukan duit parti politik. Meski pun parti politik berkenaan sebahagian daripada komponen kerajaan.

“Persoalannya perlukah ada logo DAP jika duit itu duit kerajaan,” katanya, lapor Harakah Daily.

Baru-baru ini Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyerahkan replika cek kepada 17 sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina yang tertera lambang DAP.

Bantuan itu merupakan sumbangan kerajaan berjumlah RM1.8 juta bagi membaiki dan menambah baik sekolah terbabit.

Dr Zulkeflee juga berkata, sebelum ini pemimpin DAP marah apabila BN menyampaikan bantuan dengan meletak logo BN.

“Sekarang DAP sendiri menodai prinsip sejak menerajui Putrajaya yang memperlihatkan langgar kata tak serupa bikin,” ujarnya.