Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Poster palsu burukkan PN cubaan sembunyi kekalahan PH-BN -

Poster palsu burukkan PN cubaan sembunyi kekalahan PH-BN

PERIKATAN Nasional (PN) menyelar taktik kotor sesetengah pihak yang terus menggunakan isu 3R bagi memburukkan reputasi perikatan tersebut yang semakin diterima rakyat keseluruhannya.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, tindakan terdesak pihak tertentu dipercayai laskar siber PH-BN itu jelas cuba memburukkan reputasi PN yang cemerlang pada pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

“Cubaan memburukkan imej dan reputasi PN semakin ketara selepas Pilihan Raya Negeri sekaligus agenda berpolitik mereka ini masih dipalu-palu dek UMNO dan Pakatan Harapan (PH) ini.

“Pencapaian buruk UMNO dan PH cuba dipesongkan dengan mengaitkan 3R (Kaum,agama, raja) lagi terhadap PN. Ini semua taktik basi dan lama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular poster yang cuba mencetus sentimen tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di media sosial.

Razali menyifatkan cubaan laskar siber blok kerajaan itu yang sedaya upaya bermain persepsi bagi ‘menyembunyikan’ kekalahan pada PRN lepas.

“Cytro UMNO dan PH semakin sasau, Ketua Penerangan UMNO pun tak berfungsi langsung apatah lagi sewaktu PRN lalu.

“Tolong jangan kaitkan prestasi buruk anda kepada PN,”

“Rakyat nampak permainan ‘gasing’ UMNO dan pemimpin mereka ini masih terus terkial-kial malahan bertelagah antara satu sama lain,” katanya.  -SB