Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Dukung keputusan parti walaupun tidak bersetuju' - Tuan Ibrahim -

‘Dukung keputusan parti walaupun tidak bersetuju’ – Tuan Ibrahim

AHLI PAS diingatkan tidak sewenang-wenangnya membelakangkan parti dan bertindak sendiri kerana ia akan merugikan perjuangan yang dibawa, terutama dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sekarang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan bahawa setiap keputusan dibuat pimpinan atasan yang tidak bercanggah dengan syarak, adalah wajib dipatuhi.

Beliau menegaskan, mendukung keputusan parti walaupun tidak bersetuju adalah realiti sebagai seorang ahli parti.

“Suka atau tidak suka, bila sudah menjadi satu keputusan, kita perlu terima,” katanya seperti dilaporkan oleh lidah rasmi parti itu, Harakahdaily.

Isnin lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menyatakan Timbalan Yang Dipertua PAS Langkawi, Mazlan Ahmad, digugurkan keahlian parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Tindakan sama juga dikenakan terhadap Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Langkawi, Safwan Hanif Shafie, kerana bertanding sebagai calon bebas.

Takiyuddin berkata, laporan daripada Setiausaha PAS Langkawi, mendapati lapan individu melanggar ketetapan parti membabitkan calon, wakil calon, pencadang serta penyokong di dua Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Air Hangat dan Kuah.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan menyanggah keputusan yang ditetapkan parti dibimbangi boleh mencetuskan kesan tidak diingini.

Katanya, kejadian yang berlaku di Langkawi perlu dijadikan pengajaran supaya tidak berulang pada masa hadapan.

“Sebenarnya PAS sudah berusaha, tetapi pada saat akhir watikah yang dikeluarkan, dua DUN berkenaan (Air Hangat dan Kuah) ditandingi calon Perikatan Nasional daripada BERSATU.

“Suka tak suka, bila dah jadi keputusan kena akur dan terima dan saya tahu sebahagian jentera kecewa dengan keputusan itu tapi ia adalah perkara biasa,” katanya.