Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin ucap selamat menyambut Hari Gawai, Pesta Kaamatan -

Muhyiddin ucap selamat menyambut Hari Gawai, Pesta Kaamatan

PESTA Kaamatan dan Hari Gawai disambut sebagai tanda kesyukuran selepas berakhirnya musim menuai padi bagi kedua-dua kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantarannya di Facebook, Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan selamat menyambut perayaan tersebut yang akan disambut meriah oleh pelbagai etnik di seluruh negara.

“Selamat menyambut Pesta Kaamatan bagi masyarakat Kadazandusun dan Hari Gawai bagi komuniti Dayak di seluruh negara.

“Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran selepas berakhirnya musim menuai padi bagi kedua-dua kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak,” katanya hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berharap perayaan Hari Gawai tahun ini bakal diraikan dalam suasana yang meriah bersama orang yang tersayang.

“Marilah kita pertahankan nikmat ini agar ia dapat diwarisi oleh generasi anak cucu kita pula nanti, insya-Allah.

“Manfaatkan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini untuk kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga dan sahabat handai,

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai,” katanya.

Perayaan Hari Gawai disambut secara rasmi pada 1 Jun setiap tahun manakala Pesta Kaamatan disambut pada hari ini dan esok. -SB