Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 3-5 Mac ini

0
254
(gambar hiasan)

BERSATU akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan 2022 mulai 3 hingga 5 Mac depan selaras dengan Fasal 12.2 Perlembagaan parti itu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Tarikh PAT 2022 itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan pada Khamis, 19 Januari.

Sehubungan itu katanya MPT juga menetapkan tarikh bagi persidangan cawangan, bahagian dan PAT adalah seperti berikut:

i. Persidangan Cawangan 2023 : 1 Julai 2023 – 31 Ogos 2023.

ii. Persidangan Sayap-Sayap Bahagian 2023 : 7 Oktober 2023

iii. Persidangan Bahagian 2023 : 21 Oktober 2023

iv. Perhimpunan Agung Tahunan : 23 November 2023 – 25 November 2023

Beliau berkata pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan, Bahagian dan Ahli MPT bagi penggal yang baharu akan diadakan pada tarikh-tarikh seperti di atas selaras dengan Perlembagaan Parti.

“MPT Bersatu juga telah membincangkan laporan post-mortem keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu dan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.