Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Volkswagen, Mercedes rentung dalam kebakaran bengkel di Shah Alam -

Volkswagen, Mercedes rentung dalam kebakaran bengkel di Shah Alam

SEBANYAK tiga buah kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Matahari AA, Seksyen U5, Shah Alam pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Kota Anggerik ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 5.34 pagi tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan kedai tiga tingkat kelas A.

“Kebakaran melibatkan bengkel kereta berkeluasan 3.71 meter persegi (m²) x 7.43m² dan dianggarkan 50 peratus premis berkenaan terbakar,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Norazam berkata, kereta yang musnah adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena yang terbakar 100 peratus, sebuah Mercedes (30 peratus) dan Volkswagen (50 peratus).

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dikawal pada jam 6.09 pagi.