Tanah runtuh Batang Kali: Dua lagi mayat ditemukan setakat 4.40 petang

DUA lagi mayat ditemukan di lokasi tanah runtuh di Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, lapor Utusan Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Pusat Pengurusan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui kemas kini setakat pukul 4.40 petang ini.

Jumlah mangsa yang didaftarkan adalah seramai 94 orang dengan 61 dilaporkan selamat.