KEMULIAAN dan ketinggian parlimen akan terjejas sekiranya “kluster mahkamah” dilantik menjadi Timbalan Speaker.
Ini kerana adalah tidak wajar bagi seorang individu yang sedang melalui proses undang-undang diberikan kedudukan serta peranan yang sedemikian penting di Parlimen.
Pendapat berkenaan diberikan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari sebagai mengulas pura-pura yang mengatakan ahli parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan bakal dilantik menjawat jawatan kedua tertinggi di parlimen itu.
Katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ahmad telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan di bawah Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011 pada 21 Jan tahun lalu.
“Sepatutnya beliau perlu melalui proses undang-undang dan tidak diberikan kedudukan serta peranan yang sedemikian penting di Parlimen,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.