Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Serpihan tulang mangsa kedua runtuhan kuari ditemukan petang tadi -

Serpihan tulang mangsa kedua runtuhan kuari ditemukan petang tadi

SERPIHAN tulang mangsa kedua yang tertimbus dalam insiden runtuhan kuari pada Mac lepas di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, ditemukan petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata serpihan tulang itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 2.45 petang.

“Serpihan tulang tersebut seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jurucakap itu berkata operasi SAR ditangguhkan hari ini memandangkan faktor cuaca tidak mengizinkan dan operasi akan disambung semula pagi esok.

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak Azmi Osman berkata bangkai sebuah jengkaut yang tertimbus semasa kejadian tersebut ditemukan pada 11.45 pagi, manakala cebisan tulang dan baju ditemukan kira-kira setengah jam kemudian.

Dalam kejadian pada 8 Mac lepas, dua pekerja kuari dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49, dipercayai tertimbus runtuhan batu. – BERNAMA