Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua maut dalam nahas pesawat tentera laut Indonesia -

Dua maut dalam nahas pesawat tentera laut Indonesia

JURUTERBANG dan pembantu juruterbang pesawat ringan milik Tentera Laut Indonesia disahkan terbunuh selepas pesawat itu terhempas di perairan wilayah Jawa Timur pada Rabu, kata Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia Laksamana Yudo Margono pada Khamis, lapor Xinhua.

“Kedua-dua mereka (juruterbang dan pembantu juruterbang) disahkan maut,” kata laksamana itu pada sidang akhbar.

Pesawat G-36 Bonanza T-2503, dilaporkan terhempas di Selat Madura semasa menjalankan latihan pertahanan.

Margono berkata mayat mangsa masih di dalam pesawat ketika bangkai pesawat itu dijumpai. 

“Kedua-dua mereka masih duduk di kerusi masing-masing di dalam pesawat. Bangkai pesawat dikeluarkan dari lautan pagi ini (Khamis),” kata Margono. – BERNAMA