Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Salleh sifatkan Ongkili gila, tuduh BN paling jahat -

Salleh sifatkan Ongkili gila, tuduh BN paling jahat

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Ongkili ‘gila’ dan tidak mengenang budi kerana menyerang Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

“Dakwaan Ongkili yang mengatakan terdapat parti komponen BN menggunakan “perkhidmatan” pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk kepentingan politik adalah fitnah semata-mata.

“Saya marah betul (apabila) baca surat khabar ini. Maximus Ongkili, gila dia ini kerana buat kenyataan kononnya parti dalam BN ada pengundi palsu, kad pengenalan palsu.

“Kalau dia sebut nama BN, kita akan lapor polis ke atas Maximus kerana ini fitnah. Dalam RCI (suruhanjaya siasatan diraja) tidak pernah mengatakan siapa yang menipu, ia hanya laporan dan siasatan semata-mata,” kata Salleh seperti dilaporkan FMT.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam forum politik dan ekonomi Sabah sempena Konvensyen BN di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa.

Salleh yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN-Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengingatkan Maximus bahawa pengundi BN di Kota Marudu yang menyokongnya dalam pilihan raya lalu.

“Dia tidak kenang budi, jangan emosi dan kalau pun main politik jangan sedemikian, tapi hari ini dia kata BN lah paling jahat.

“Dia (Maximus) dalam Kabinet, dia tidak tahukah siapa Perdana Menteri? Perdana Menteri itu daripada BN,” katanya.

Kelmarin, Ongkili dilaporkan mendakwa sebuah parti komponen BN menyalahgunakan PATI di Sabah demi kepentingan politik mereka.

Tanpa menyebut parti mana, katanya, penglibatan parti terbabit meraih undi daripada Pati terbukti dalam siasatan RCI mengenai PATI di Sabah sebelum ini.