MAYAT seorang guru, Zugani Yasin yang tergelincir dan dihanyutkan arus ketika memukat ikan bersama 15 rakan di Pantai Kuala Baru, Mangkuk, Setiu, semalam ditemukan tengah malam tadi.
Mayat Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh itu ditemukan pada jam 12.22 tengah malam oleh pasukan mencari dan menyelamat yang digerakkan selepas kejadian tersebut.
Dalam kejadian tengah malam kelmarin, Zugani dilapor hilang selepas dibawa arus sejurus tergelincir ke kawasan dalam ketika menyusuri sewaktu menunggu beberapa rakan lain menarik pukat yang dipasang.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari tempat dilaporkan tenggelam.
“Mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan Skuad Prihatin Terengganu dan masyarakat setempat.
“Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Daerah Setiu untuk bedah siasat,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.