Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Tawaran gaji RM1 juta gagal lembutkan hati Zii Jia -

[VIDEO] Tawaran gaji RM1 juta gagal lembutkan hati Zii Jia

TAWARAN gaji tahunan bernilai RM1 juta tidak sedikit pun menggoyahkan pendirian pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk meninggalkan badan induk itu.

Baca berita berkaitan: Lee Zii Jia sah tinggalkan BAM

Baca berita berkaitan: Lee Zii Jia digantung dua tahun

Baca berita berkaitan: Zii Jia merayu kepada BAM terhadap penggantungan 2 tahun

Menurut sumber, tawaran balas berkenaan dibuat ketika sesi rundingan bersama pemain berusia 23 tahun itu selepas dia menghantar surat peletakan jawatannya pada 11 Januari lalu bagi bergerak secara profesional.

Katanya, pertama kali dalam sejarah BAM mengemukakan tawaran yang cukup lumayan itu kepada pemain di bawah naungannya.

“Datuk Lee Chong Wei yang menyumbang pelbagai kejayaan kepada negara ketika bergelar pemain pun tidak pernah mendapat tawaran sedemikian.

“Ini membuktikan betapa BAM cukup sayang kepada Zii Jia dan menghargai bakat yang dimilikinya. Zii Jia disifatkan sebagai aset penting kepada BAM.

“Namun, pemain itu kekal dengan pendiriannya dan tetap mahu keluar daripada BAM,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Jika juara Seluruh England 2021 itu menerima tawaran BAM, dia akan dibayar gaji sebanyak RM83,333 sebulan.

Menurutnya, tawaran itu masih tidak setanding dengan apa yang ditawarkan kepada Zii Jia sekiranya dia bergerak secara profesional.

Bagaimanapun, BAM sebagai persatuan turut mempunyai kekangan dan tidak boleh memberi tawaran di luar kemampuan tetapi sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan Zii Jia kekal.

Bayaran gaji itu tidak termasuk elaun lain yang diberikan BAM kepada barisan pemainnya selain hadiah wang kemenangan jika muncul juara mana-mana kejohanan 100 peratus menjadi milik pemain bersama tambahan bonus yang diberikan badan induk itu.

Difahamkan, Zii Jia yang juga pemain ranking nombor tujuh dunia menerima tawaran lumayan daripada sebuah syarikat peralatan sukan dari Taiwan yang didakwa menjadi faktor utama dia mahu meninggalkan BAM.

Zii Jia didakwa ditawarkan bayaran sebanyak AS$400,000 (RM1.674 juta) setahun dengan tempoh kontrak selama tujuh tahun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11.718 juta.

Terdahulu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia untuk menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun yang berkuat kuasa 18 Januari lalu susulan keputusannya untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional. – SB