Kanak-kanak perempuan maut diserang anjing liar

0
475

SEORANG kanak-kanak 7 tahun maut selepas diserang sekumpulan anjing liar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari kelas muzik di sebuah perkampungan yang juga pangkalan tentera di Chita, Rusia pada Isnin lalu.

Margarita Kanorskaya, 7, merupakan anak seorang juruterbang tentera Rusia, Mejar Anton Kanorsky yang mendapat anugerah kehormat daripada Presiden, Vladimir Putin atas keberanian ketika bertugas di Syria.

Dalam kejadian itu Margarita diserang oleh anjing-anjing tersebut di sebuah lorong sempit menyebabkan dia cedera parah di bahagian muka dan kakinya terputus. Binatang itu kemudiannya menggonggong cebisan tubuh kanak-kanak berkenaan ke kawasan terbiar.

SARUNG tangan Margarita yang berlumuran darah akibat kecederaan maut yang dialami kesan serangan anjig liar di Chita, Rusia.

Ibunya, Zhenya Kanorskaya yang bergegas ke hospital terkejut melihat keadaan anaknya.

Pengebumian Margarita dihadiri oleh rakan sekelasnya diikuti bantahan penduduk Kampung Domma yang bimbang keselamatan mereka dan kanak-kanak berikutan kejadian tersebut.

Domma merupakan ialah sebuah kampung yang menempatkan seramai 6,300 orang dan merupakan pangkalan tentera.

Nasib yang dialami Margarita Kejadian mencetuskan kemarahan penduduk. Mereka mendakwa pihak berkuasa gagal memberikan amaran berhubung kumpulan-kumpulan anjing liar yang berkeliaran.

Gabenor wilayah, Alexander Osipov berkata, “Mustahil untuk kami meluahkan kesedihan kami ke atas kejadian ini dalam bentuk kata-kata. Kami akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Margarita.”

Bagaimanapun Osipov memberikan amaran bahawa undang-undang Rusia tidak membenarkan pegawai tempatan untuk membunuh atau membuang anjing-anjing liar daripada kawasan penduduk.

Namun penduduk bertindak balas dengan memburu anjing-anjing berkenaan. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here