Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kemalangan motosikal, Azhan dedah cerita sebenar -

Kemalangan motosikal, Azhan dedah cerita sebenar

BERTERIMA kasih kepada semua individu yang membantunya ketika mengalami kemalangan pada Isnin, pelakon Azhan Rani akhirnya tampil mendedahkan cerita sebenar.

Katanya, dia mengucapkan syukur kerana tindakan pantas pemandu sebuah lori mengawal keadaan mengelakkan perkara lebih buruk terjadi kepadanya.

“Buat bro Firdasus dan sesiapa sahaja yang membatu saya pada hari kejadian, 17 Januari sekitar 12.30 tengahari tengahari di Jalan Tampler Park menghala ke Kuala Lumpur, semoga Allah merahmati kalian.

“Terima kasih masa baik anda. Buat dua abang lori yang berdiri tu, terima kasih berjaya menghentikan lori dan tak langgar saya,” katanya.

Terdahulu pada Selasa, pelakon Beto Kusyairy ada memuat naik status berkongsi perkembangan Azhan yang terlibat dalam kemalangan motosikal.

Dia bagaimanapun meminta pihak media dan kenalan agar tidak menghubungi pelakon berkenaan yang masih lagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital akibat kecederaan.

Azhan bagaimanapun memuatkan sekeping gambar yang dihantar oleh orang awam yang memperlihatkan situasi sebenar sejurus selepas kemalangan berlaku.

Jelasnya lagi, kemalangan tersebut berpunca daripada tindakan dua remaja yang memandu dalam keadaan berbahaya dan cuai sehingga berlakunya kemalangan tersebut.

“Buat dua orang adik yang naik motor kapchai tengah bersembang tak pandang depan tiba-tiba masuk jalan saya nak buat uturn, semoga korang tak apa-apa.

“Maaf abang tunggikan suara pada korang dalam ambulans haritu. Mohon jangan bawa motor macam tu lagi.

“Kita sama-sama syukur Allah bagi peluang kita hidup. Maaf juga buat motor awak hancur,” katanya.