Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
6,500 pekerja projek ECRL divaksin -

6,500 pekerja projek ECRL divaksin

PROJEK Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mengambil langkah proaktif melalui Program Imunisasi Industri Covid-19, kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk memberi vaksin kepada 6,500 pekerja projek tersebut.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berkata, program vaksinasi itu dilaksanakan dengan memanfaatkan tiga buah kem induk ECRL di negeri-negeri Pantai Timur sebagai Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN).

Menurutnya, kem-kem induk ECRL di Dungun dan Chukai, Terengganu serta Maran, Pahang akan beroperasi sebagai PPVIN selaras dengan strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam memastikan sektor ekonomi kembali pulih menjelang hujung tahun ini.

“MRL, sebagai pemilik projek ECRL, bersyukur dengan keputusan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) yang telah meluluskan permohonan cadangan penggunaan tiga kem induk ECRL untuk beroperasi sebagai PPVIN selain turut menyediakan bekalan vaksin yang mencukupi untuk tujuan vaksinasi kakitangan ECRL.

“Kelulusan tersebut membolehkan pemberian suntikan dos pertama kepada pekerja-pekerja ECRL pada bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, MRL bersama-sama dengan kontraktor utama projek ECRL, China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCC-ECRL) akan menanggung semua kos proses vaksinasi bagi pekerja-pekerja ECRL termasuk caj penyediaan PPVIN dan yuran pentadbiran kepada pihak am serta swasta yang terlibat.

“Projek ECRL berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan vaksin percuma kepada rakyat dan pada masa yang sama memberi peluang kepada projek ECRL untuk meningkatkan kesedaran vaksinasi dalam kalangan tenaga kerjanya,” katanya.