KAJIAN dan penilaian dilakukan terhadap vaksin Covid-19 Sinopharm dan Sinovac keluaran syarikat China menunjukkan ubat berkenaan boleh melindungi pesakit daripada menghadapi penyakit teruk dan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan varian Omicron.
Penilaian Pengurus Insiden Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Abdi Mahamud itu dibuat beberapa hari selepas kajian makmal menunjukkan tiga dos suntikan Sinovac tidak menghasilakn antibodi mencukupi untuk mencegahjangkitan daripada varian baharu berkenaan.
Abdi berkata, walaupun Omicron dipercayai mengatasi antibodi, terdapat bukti menunjukkan vaksin COVID-19 masih menawarkan perlindungan kepada penerimanya.
Menurutnya, pihaknya melihat apa yang akan melindungi daripada kemasukan ke hospital yang teruk dan kematian adalah tindak balas sel-T individu.
“Sama ada Sinovac atau Sinopharm , kajian yang dilakukan di Chile dan tempat lain telah menunjukkan bahawa ia benar-benar berkesan terhadap kemasukan ke hospital yang teruk,” katanya sebagaimana lapor agensi berita Reuters.
Ujarnya, vaksin mempunyai kedudukan yang berbeza dari segi pencegahan jangkitan namun kesemuanya mampu menghalang kematian.
“Ramalan kami adalah kemampuan vaksin-vaksin itu mengelak penyakit teruk, kemasukan ke hospital dan kematian kekal Vaksin CoronaVac keluaran Sinovav dan vaksin BBIBP-CorV Sinopharm merupakan dua vaksin yang paling banyak digunakan di China dan pelalian COVID-19 yang dieksport oleh negara itu.
Mahamud berkata, lebih banyak bukti menunjukkan Omicron menjejaskan bahagian atas saluran pernafasan menyebabkan gejala yang lebih ringan daripada varian sebelumnya yang akan menyebabkan radang paru-paru teruk.
Beliau memberi amaran, Omicron akan menjadi varian yang dominan dalam beberapa minggu di banyak tempat kerana kebolehjangkitan yang tinggi, menimbulkan ancaman kepada sistem perubatan di negara dan wilayah di mana sebahagian besar populasi masih belum divaksinasi. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.