
Menjadi wanita paling cantik bagi tahun 2021, nama Lisa Blackpink menduduki rangking pertama dalam senarai yang dikeluarkan oleh agensi penarafan TC Candler yang dikeluarkan beberapa hari yang lalu.
Lisa atau lebih dikenali sebagai Lalisa Manobal menyingkirkan beberapa nama besar yang lain termasuklah Priyanka Chopra dan Natalie Portman yang menduduki tangga ke 99 dan 100 tahun ini.
Bagaimanapun, isteri kepada Nick Jonas itu sudah tujuh tahun berada dalam carta manakala Natile pula menjadi wajah paling lama tersenarai dalam carta selama 24 kali.
Menariknya, beberapa wajah yang berasal dari Asia menguasai bukan sahaja carta 100 tetapi juga menguasai 10 tempat teratas.
Selain Lisa, pelakon dari Filipina, Ivana Alawi menduduki rangking ke-4 dan diikuti oleh Nancy Jewel McDonie yang juga merupakan penyanyi Korea dari kumpulan Momoland di tangga ke-5.

Tempat ke-7 pula disandang oleh seorang lagi anggota kpop dari kumpulan Twice iaitu Tyuzu dan penampilan pertama Lyodra Ginting dari Indonesia mengejutkan ramai.
Dia menduduki tangga ke-9 dalam senarai wanita tercantik diikuti Nana, penyanyi dari Korea ditangga ke-10.

Penguasaan wajah-wajah Asia bukanlah satu perkara yang asing memandangkan sudah ramai muka-muka lain tersenarai dalam tahun sebelumnya.
Mengiringi Lisa, ahli kumpulan Blackpink yang lain iaitu Rose, Jisoo, dan Jennie turut berada di dalam senarai, masing-masing berada di kedudukan ke-17, ke-26 dan ke-30.
Satu-satunya selebriti Malaysia yang berada dalam senarai Top 100 ini ialah Tabby yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Dolla.

Dia pertama kali dia menempatkan diri ke dalam carta dan berada di kedudukan ke-77 senarai tersebut.
Beberapa nama besar lain yang turut tersenarai termasuklah Gal Gadot, Emma Watson, Lupita Nyong’o, Ariana Grande, Selena Gomez dan Naomi Scott.
Senarai 10 Wanita Tercantik 2021:-
- Lisa Blackpink (Korea Selatan)
- Emilie Nereng (Norway)
- Halima Aden (Amerika Syarikat)
- Ivana Alawi (Filipina)
- Nancy Jewel (Korea Selatan)
- Yael Shelbia (Israel)
- Tzuyu (Korea Selatan)
- Lyodra Ginting (Indonesia)
- Jasmine Tookes (Amerika Syarikat)
- Nana (Korea Selatan)