Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia, Singapura kekal komited selesai isu sempadan maritim -

Malaysia, Singapura kekal komited selesai isu sempadan maritim

MALAYSIA dan Singapura kekal komited untuk menyelesaikan isu sempadan maritim antara kedua-dua negara, termasuk pelaksanaan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkenaan isu Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan akhbar bersama Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan selepas Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) bermesyuarat secara maya pada Selasa untuk meneruskan perbincangan mengenai kedaulatan ke atas tiga pulau itu.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat kesembilan berkenaan telah mengesahkan Terma Rujukan (TOR) untuk Jawatankuasa Kecil Mengenai Persempadanan Maritim Pulau Batu Putih (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) dan Jawatankuasa Kecil sepakat meneruskan tugas berdasarkan TOR.

Mesyuarat itu turut bersetuju bahawa Mesyuarat MSJTC ke-10 akan dihoskan Malaysia pada 2022.

Delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob manakala delegasi Singapura diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, Chee Wee Kiong.– BERNAMA