Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
42.29% murid Orang Asli tidak tamat tingkatan 5 -

42.29% murid Orang Asli tidak tamat tingkatan 5

SERAMAI 42.29 peratus murid Orang Asli tidak menamatkan persekolahan sehingga ke Tingkatan 5 bagi 2021.


Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bagi 2020 pula sebanyak 58.62 peratus murid Orang Asli yang tidak menamatkan persekolahan sehingga ke Tingkatan 5.

“KPM kekal komited dalam memberi perhatian terhadap pendidikan murid Orang Asli dan berusaha memastikan mereka terus mendapat akses kepada pendidikan,” menurut kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Khamis.

KPM menjawab pertanyaan yang diajukan Chah Lih Kang (PH-Tanjung Malim) mengenai jumlah kanak-kanak Orang Asli yang tidak menghabiskan tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5. – Bernama